Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan Aktiviti Bil.1/2019

5 Mac 2019: PKG Bangi telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan Aktiviti Bil.1/2019 di PKG Bangi. Mesyuarat ini dihadiri oleh Pengetua dan Guru Besar sekolah ahli PKG Bangi. Turut hadir dalam mesyuarat ini En. Mohd Yusnaidi bin Mohd Riffin, Penolong Pengarah, Unit Pembestarian Sekolah, BTPN Selangor. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Zulkifli bin Mohd Tahir, Guru Besar SK Seksyen 7. Beberapa perkara telah disampaikan dan perlu diberi perhatian serta tindakan dari pihak sekolah. Semoga apa yang disampaikan dan perancangan yang dibincangkan dapat dilaksanakan dengan kerjasama PKG Bangi dan semua sekolah ahli.