Mesyuarat Jawatankuasa Kluster PSS Bil.1/2019

7 Mac 2019 : PKG Bangi telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kluster PSS Bil.1/2019 di PKG Bangi. Mesyuarat ini dihadiri oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah ahli PKG Bangi. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pn. Norehan binti Abdul Sani, Pengetua SMK Kajang Utama yang merupakan Pengerusi Kluster Pusat Sumber Sekolah PKG Bangi. Beberapa perkara telah disampaikan dan perlu diberi perhatian serta tindakan dari pihak sekolah. Semoga apa yang disampaikan dan perancangan yang dibincangkan dapat dilaksanakan dengan kerjasama PKG Bangi dan semua sekolah ahli. Mesyuarat berakhir pada jam 4.55 petang. Semua ahli mesyuarat memberikan kerjasama yang baik sepanjang mesyuarat dijalankan.