Bengkel Peranan & Fungsi GPM Dalam Mendepani Gaya Pembelajaran Terkini

13 Mac 2019 : PKG Daerah Hulu Langat dengan kerjasama PPD Hulu Langat telah melaksanakan Bengkel Peranan & Fungsi GPM Dalam Mendepani Gaya Pembelajaran Terkini Daerah Hulu Langat yang bertempat di SMA Persekutuan, Kajang. Seramai 129 GPM sekolah hadir menyertai bengkel ini. Penceramah jemputan bengkel ini ialah En. Nor Ahmad bin Khamzah, Penolong Pengarah, Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, BTPN Selangor. Bengkel berakhir pada jam 4.30 petang.