Bengkel Literasi Maklumat Sekolah Daerah Hulu Langat

17 April 2019 : PKG Daerah Hulu Langat telah melaksanakan Bengkel Literasi Maklumat Sekolah Daerah Hulu Langat. Bengkel ini telah diadakan bertempat di Tapak Rekreasi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Setiap zon PKG Daerah Hulu Langat telah menghantar seramai 10 orang murid yang terdiri daripada murid Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah bagi menghadiri bengkel ini. Seramai 50 orang murid dan 50 orang Guru Perpustakaan & Media (GPM) terlibat dalam bengkel ini. Bengkel ini bertujuan memberikan pendedahan asas kepada guru dan murid berkaitan kemahiran serta aktiviti literasi maklumat untuk dilaksanakan di peringkat sekolah. Peserta yang hadir telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi menyiapkan tugasan yang diberikan. Bengkel ini bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. Bengkel ini telah dilaksanakan dengan jayanya.