Anugerah Pembestarian Sekolah 2018

6 Mac 2019 : Anugerah Pembestarian Sekolah anjuran BTPN Selangor dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Selangor bagi tahun 2018 peringkat Negeri Selangor telah berlangsung di SAM Bestari, Subang Jaya. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tn. Haji Mohd Salleh Bin Mohd Kassim, S.I.S, Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Selangor. Turut hadir bersama Tn. Haji Zaidi bin Yazid, Pengarah, Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pn. Nik Asma binti Nik. Ahmad, Ketua Penolong Pengarah, BTPN Selangor.  Dalam Anugerah tersebut PKG Bangi telah dinobatkan sebagai Johan bagi Anugerah Pengurusan PKG Cemerlang kategori Bangunan Sementara peringkat Negeri Selangor bagi tahun 2018. Selain itu, SMK Jalan Reko yang merupakan salah sebuah sekolah ahli PKG Bangi juga telah dinobatkan sebagai Johan bagi Anugerah Penggunaan VLE Terbaik kategori Murid Sekolah Menengah. Semoga kejayaan yang dikecapi ini dapat memberikan impak yang positif serta meningkatkan kecemerlangan kualiti kerja yang maksimum.

Anugerah Pengurusan PKG Cemerlang
Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang
Anugerah Ikon Guru VLE
Anugerah Ikon Pembestarian Sekolah