Mesyuarat Jawatankuasa Kluster Tekno ICT Bil.1/2019

14 Mac 2019 : PKG Bangi telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kluster Tekno ICT Bil.1/2019 di PKG Bangi. Mesyuarat ini dihadiri oleh Guru Penyelaras Bestari (GPB) dan Guru Penyelaras ICT (GICT) sekolah ahli PKG Bangi. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Mohd Razi, Ketua PKG Bangi mewakili En. Hanafiah bin Baharuddin, Pengetua SMK Jalan Tiga merangkap Pengerusi Kluster Tekno-ICT PKG Bangi. Beberapa perkara telah disampaikan dan perlu diberi perhatian serta tindakan dari pihak sekolah. Semoga apa yang disampaikan dan perancangan yang dibincangkan dapat dilaksanakan dengan kerjasama PKG Bangi dan semua sekolah ahli. Semua ahli mesyuarat memberikan kerjasama yang baik sepanjang mesyuarat dijalankan.