Bengkel Suntingan Video & Persembahan Montaj Berasaskan Adobe Premiere Pro Daerah Hulu Langat 2019

4 April 2019 : PKG Daerah Hulu Langat dengan kerjasama Unit ICT PPD Hulu Langat telah mengadakan Bengkel Suntingan Video & Persembahan Montaj Berasaskan Adobe Premiere Pro Daerah Hulu Langat 2019 bertempat di SMK Bandar Tun Hussein Onn 2. Bengkel ini dihadiri oleh beberapa orang Guru ICT dan Juruteknik Komputer sekolah Daerah Hulu Langat. Turut hadir bersama Pengetua SMK Bandar Tun Hussein Onn 2, Ketua Unit ICT PPD Hulu Langat, Pegawai PKG serta Juruteknik Komputer PKG Daerah Hulu Langat. Bengkel ini dilaksanakan selama dua hari bermula 4 April dan berakhir pada 5 April 2019. Semua peserta memberikan kerjasama yang baik sepanjang bengkel dijalankan.