Bengkel Pengurusan ICT Daerah Hulu Langat

16 April 2019 : PKG Daerah Hulu Langat dengan kerjasama Unit ICT PPD Hulu Langat telah mengadakan Bengkel Pengurusan ICT Daerah Hulu Langat bertempat di SMAP Kajang. Bengkel ini dihadiri oleh Guru Penyelaras Bestari (GPB), Guru Penyelaras ICT (GICT) dan Juruteknik Komputer Daerah Hulu Langat. Turut hadir bersama Ketua Unit ICT PPD Hulu Langat, Pegawai PKG serta Juruteknik Komputer PKG Daerah Hulu Langat. Bengkel ini bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Semua peserta memberikan kerjasama yang baik sepanjang bengkel dijalankan.